Sepasang Induk Geliga Lipan

Ini adalah Induk Geliga Lipan yang mampu Beranak mengeluarkan Geliga. Asal batu Geliga ini Dijumpai oleh Seorang Pencari atau Pemburu Ular didalam Hutan, Tatkala ketika Memburu, Beliau sedang menguis-guis semak-semak Hutan bertujuan untuk mencari sarang ular..Ketika mencari, Beliau berasa amat pelik dimana ada banyak Lipan ditemui di tempat tersebut dan berjumpa dengan Geliga ini dijaga oleh Sepasang Lipan Induk (Dominan). Menurutnya, Ketika dijumpai keadaan Geliga ini betul-betul terletak secara berpasang ditengah-tengah lingkaran Bulat Lipan yang menjaganya, Pemburu Ular tersebut cuba menghalau lipan yang menjaganya dengan bertujuan mengambil batu geliga ini tanpa membunuh maupun mencederakan Si sang Lipan tersebut. Akan tetapi Sepasang Lipan yang menjaganya tidak mahu berganjak dari Batu Geliga yang dijaganya. Lalu Pemburu tersebut membaca beberapa surah berserta dipanjatkan Doa Kepada ALLAH,..Alhamdulillah baru lah Lipan tersebut berlalu dan inilah Geliga tersebut.


Ketika Geliga ini dalam Perjalanan menuju ke destinasi Tujuan, Pemiliklnya menaiki Bas dan apabila sampai ketempat yang dituju, lalu Beliau membuka tempat simpanan Geliga ini, dengan Terkejutnya,.... beliau berkata..aii tadi ada Sepasang sahaja...la ni dah ada Tiga biji..mana datangnya lagi sebiji ni yang kelihatan agak Cerah Lutsinar (Agak Muda) Huiyooo.... Geliga yang Ketiga, ..Beliau terdiam tergamam seketika..Pemilik menyedari bahawa Geliga Sepasang ini mampu mengeluarkan Batu Geliga Lipan yang lain. Maka inilah dia yang dikatakan INDUK BATU GELIGA LIPAN..(Barangan ini adalah buat tatapan Peminat Blog Rahsia Alam dan ianya Tidak Dimaharkan oleh Pemilik Asalnya)....Aku tumpang Seronok....heheheheheh..Sebab Aku Pun Ada cuma tak beranak jer..menopaus kot???..Alhamdulillah...Jadilah....janji ada....
Judul: Sepasang Induk Geliga Lipan ; Ditulis oleh Hery IMG; Rating Blog: 5 dari 5

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

Silahkan Memberi Tanggapan Atau Komentar, Kometar Spam akan Kami Hapus.